Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Wednesday, February 2, 2011

Misi Merah Kuning (Harian Metro Online)

KEKECEWAAN ditewaskan Kelantan pada perebutan Piala Sultan Ahmad Shah mahu segera dipadam Selangor apabila bertandang ke Stadium Utama Kangar menentang Perlis malam ini.

Kapten skuad Merah Kuning, Mohd Amri Yahyah tidak menafikan mereka kecewa kerana gagal mempertahan piala selain terlepas peluang keemasan untuk meraih tiga mata di gelanggang sendiri apabila kecundang 2-0 kepada pencabar utama dari pantai timur itu.

“Kami kecewa namun selepas sesi latihan pagi semalam, semua pemain nampak bersemangat dan bersedia untuk turun menentang Perlis. Kami kena melupakan kekalahan itu.

“Tiga mata perlu diraih malam ini bagi memastikan usaha mempertahankan kejuaraan Liga Super berada di landasan tepat dan tidak terlalu ketinggalan daripada pasukan lain,” katanya.

Namun, pemain berusia 30 tahun itu tetap mengingatkan rakan sepasukan tidak memandang rendah kemampuan Singa Utara yang melakukan pembaharuan besar-besaran pada musim ini termasuk mendapat khidmat Mostakeen Omar sebagai ketua jurulatih.

“Kami perlu waspada kerana tidak mengetahui kekuatan dan corak permainan sebenar mereka malah Perlis juga pastinya memburu kemenangan pertama selepas tewas 3-1 kepada Pahang, Sabtu lalu.

“Yang penting kami tidak mengulangi kesilapan ketika bertemu Kelantan apabila terlalu cepat hilang kawalan bola sehingga menyumbang kekalahan,” katanya.

Ketua jurulatih Selangor, K Devan dijangka melakukan rombakan terutama membabitkan beberapa pemain kebangsaan yang dilihat kurang bermaya ketika aksi bertemu Kelantan pada Sabtu lalu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RSS Sinar Harian: Sukan

Berita Harian: Sukan

Harian Metro: Arena