Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Monday, February 7, 2011

Matri kecewakan jurulatih Cagliari (Kosmo Online)



MATRI (kiri) diraikan rakan sepasukannya, Claudio Marchisio selepas menjaringkan gol pertama Juventus ketika menentang Cagliari pada aksi Serie A kelmarin.


ROM - Penyerang baru, Alessandro Matri meledak dua gol untuk memberikan kemenangan 3-1 Juventus ke atas bekas kelabnya, Cagliari pada aksi Serie A kelmarin.

Matri baru lima hari berpindah ke kelab Turin itu secara pinjaman dari kelab Sardinia tersebut.

Kemenangan itu turut menamatkan rekod tiga kekalahan berturut-turut Juventus, sekali gus mengurangkan tekanan kepada jurulatihnya, Luigi Delneri.

Jaringan Matri melenyapkan gol awal Cagliari yang diperoleh menerusi penyerang, Robert Acquafresca sebelum Luca Toni menambah gol ketiga Juventus.

Ia adalah kemenangan penting untuk Juventus sebelum aksi bertemu juara bertahan, Inter Milan di Turin minggu depan.

"Ia mungkin menjadi lebih sukar untuk menentang Cag- liari berbanding bertemu Inter," kata Delneri.

"Siapa yang bakal kami temui tidak mengubah apa-apa untuk kami.

"Kami perlu tunjukkan bahawa kami adalah sebuah pasukan yang tahu bagaimana untuk menghadapi kesukaran, mampu untuk berdiri sendiri dan maju ke depan setiap minggu.

Sementara itu, jurulatih Cagliari, Roberto Donadoni berkata, ia adalah sesuatu yang sukar untuk melihat bekas penyerangnya, Matri menjaringkan gol apabila menentang mereka.

"Sukar untuk diterima apabila melihat Matri menjaringkan gol buat Juventus dan bukannya untuk Cagliari seperti mana yang dilakukannya beberapa hari lalu," katanya.

"Sudah tentu, kali ini Matri tidak membuatkan Cagliari gembira." - AFP

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...