Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Wednesday, February 2, 2011

Masalah kecederaan hantui Hijau Kuning (Sinar Harian Online)


PERSIAPAN skuad Hijau Kuning melayan kunjungan Felda United sedikit tempang setelah pemain pertahanan, Azmi Muslim disahkan mengalami kecederaan pangkal paha ketika menentang T’Team, Sabtu lalu.

Ketua Jurulatihnya, Ahmad Yusof ketika dihubungi Sinar Harian berkata, sekiranya Azmi gagal pulih menjelang pertemuan dengan Felda, beliau akan melakukan sedikit rombakan formasi dalam Kem Kenari.

“Mungkin ada sedikit rombakan di barisan pertahanan kerana Azmi (Muslim) mengalami kecederaan. Keputusan sama ada dia cergas untuk diturunkan hanya akan ditentukan pada sesi latihan hari ini (semalam),” katanya.

Ketika ini, pemain utama, Azlan Ismail, Mohd Khyril Muhymeen Zambri, Fazliata Taib dan Amar Rohidan sekadar memanaskan bangku simpanan akibat mengalami pelbagai masalah kecederaan.

Mengulas pertemuan dengan Felda United hari ini, Ahmad Yusof berkata, misi utama anak buahnya bertujuan mencari kemenangan pertama sekali gus memastikan tiga mata penuh berada dalam genggaman.

Skuad Hijau Kuning menyedari kemenangan pertama perlu dicari setelah seri tanpa jaringan menentang wakil Pantai Timur, T’Team, minggu lalu.

“Saya akui Felda pasukan agak kuat, walaupun mereka baru bertapak dalam Liga Malaysia. Mereka turut diperkasakan kehadiran pemain berpengalaman, Liew Kit Kong, Hamsani Ahmad (PG), Faderin Kadir dan Muhamad Kaironnisam Sahabudin Hussain dalam pasukan.

“Kami perlu berhati-hati melayan kunjungan mereka malam esok (hari ini) dan saya ada mengingatkan pemain supaya lebih fokus menjelang pertemuan itu,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...