Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Monday, February 28, 2011

Langkah Yob makin bergaya (Kosmo Online)




KOMITMEN tinggi menjadi kunci utama kejayaan Perak membawa pulang tiga mata penuh dari Stadium Darul Makmur, Kuantan malam kelmarin, lapor KAMARUDDIN ISMAIL.

Selain pendahulu Liga Super, Kelantan, skuad Seladang yang dibimbing oleh Norizan Bakar masih mengekalkan rekod tanpa kalah apabila membenam Pahang 2-0.

"Setiap strategi yang dirancang akan menjadi kenyataan apabila semua pemain memberikan komitmen yang tinggi," jelas Norizan.

Selepas mengharungi lima perlawa- nan, Perak kini berkongsi 11 mata de- ngan Kelantan yang seri 1-1 dengan Kedah, Jumaat lalu.

Sekalipun berkongsi mata, Kelantan lebih layak berada di puncak liga berdasarkan perbezaan jaringan gol dengan Perak.

Pada aksi malam kelmarin, gandingan Mohd. Shafiq Jamal dan Akmal Rizal Rakhli (gambar) telah membuatkan benteng pertahanan Pahang terpaksa bekerja keras bagi menghalang kemaraan mereka.

Gol pertama Perak bermula daripada lorongan cantik oleh Akmal Rizal yang disempurnakan Shafiq pada minit ke-22.

Kehadiran ketua pasukan, Shahrul Nizam Mustapha dan K. Nanthakumar yang menguasai bahagian tengah menjadikan persembahan Perak bertambah utuh.

Kedudukan skuad Seladang semakin kukuh apabila Akmal menyumbangkan gol kedua seminit sebelum babak pertama berakhir.

Norizan turut bersyukur kerana tiada pemain uta- manya yang mengalami kecederaan sehingga mampu menjejaskan rentak permainan Perak pada perlawanan akan datang.

Perak akan menanti kunjungan Harimau Muda A di Stadium Perak, Ipoh malam esok.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...