Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Tuesday, February 15, 2011

Kim Swee risau pemain cedera bertambah (Metro Online)

JURULATIH Harimau Muda A, Ong Kim Swee mengambil pendekatan berhati-hati bagi mengharungi saingan liga padat untuk mengelak kecederaan pemain bertambah apabila dua penyerang utama, Izzaq Faris Ramlan dan Syahrul Azwari Ibrahim terpaksa disisihkan daripada senarai 25 pemain yang dipanggil mengikuti latihan pusat skuad Olimpik Kebangsaan, esok.

Izzaq belum pulih daripada kecederaan hamstring ketika menjalani latihan bersama skuad kebangsaan minggu lalu manakala Syahrul Azwari mengalami kecederaan lutut kanan ketika membantu Harimau Muda A mencatat kemenangan kedua Liga Super, membenam T-Team, 3-1, Sabtu lalu.


Walaupun memanggil tiga penyerang berpengalaman, Ahmad Shakir Ali, Mohamad Faizal Abu Bakar (Kedah) Ahmad Fakri Saarani (Negeri Sembilan) dan penyerang Harimau Muda B, D Saarvindran, Kim Swee berharap dua pemain itu dapat beraksi bagi perlawanan pertama pusingan kelayakan Sukan Olimpik 2012 menentang Pakistan di Stadium Shah Alam, 23 Februari ini.

“Kalau mengikut laporan fisioterapi, Syahrul Azwari akan sembuh 10 hari lagi dan tidak akan sempat cergas sebelum perlawanan menentang Pakistan tapi saya berharap dia dan Izzaq cepat sembuh kerana saya boleh memanggil mereka menyertai skuad bila-bila masa saja.


“Walaupun dua pemain ini cedera, saya mempunyai ramai lagi pemain. Harimau Muda A mempunyai jadual padat minggu ini dan saya harap tiada lagi pemain yang cedera. “Saya akan turunkan kesebelasan utama pada perlawanan Liga Super menentang Perlis manakala bagi perlawanan Piala FA, Jumaat ini, saya akan turunkan pemain lain untuk menilai prestasi mereka,” katanya.


Selain itu, skuad Olimpik Kebangsaan turut diperkuat penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat dan pemain tengah, Harimau Muda B, Muhammad Nazmi Faiz.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...