Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Monday, February 28, 2011

Kim Swee berada dalam dilema (Kosmo Online)


KIM SWEE (kiri) berkata sesuatu kepada anak-anak buahnya selepas latihan skuad Harimau Muda A di padang Wisma FAM, Kelana Jaya baru-baru ini.


JURULATIH Harimau Muda A, Ong Kim Swee terpaksa membuat satu pilihan tepat iaitu memilih untuk mengutamakan tugasan negara berbanding saingan liga domestik.

Kim Swee, 41, yang juga pengendali skuad Olimpik kebangsaan terpaksa merehatkan beberapa tonggak utamanya ketika Harimau Muda A seri 1-1 dengan Felda United pada aksi Liga Super di Stadium Shah Alam kelmarin.

Perkara yang sama turut akan dilakukan Kim Swee apabila Harimau Muda A turun bertemu Perak untuk aksi keenam Liga Super di Ipoh malam esok dan aksi pusi- ngan kedua Piala FA menentang Johor di Stadium Shah Alam, Khamis ini.

Ini kerana, skuad Olimpik kebangsaan bakal bertemu Pakistan pada aksi kedua pusingan pertama di Lahore, 9 Mac ini setelah menang 2-0 pada aksi pertama Rabu lalu.

“Untuk pertemuan dengan Felda United ini, saya terpaksa turunkan juga lima pemain yang beraksi ketika menentang Pakistan (Rabu lalu) iaitu Mahali Jasuli, Fadhli Shas, Irfan Fazail, Fandi Othman dan Affize Faisal Mamat.

“Mereka tampak keletihan tetapi saya perlu turunkan skuad yang seimbang. Bagi perte- muan dengan Perak (esok), saya perlu fikirkan siapa pula yang perlu diturunkan.

“Sudah tentu kempen Kelayakan Olimpik 2012 menjadi keutamaan saya tetapi kita tetap tidak akan mengambil mudah saingan Liga Super dan Piala FA,” kata Kim Swee ketika ditemui selepas perla- wanan kelmarin.

Pada aksi kelmarin, Harimau Muda A mendahului menerusi jari- ngan pemain gantian, Wan Zaha- rulnizam Wan Zakaria pada minit ke-46 sebelum disamakan Liew Kit Kong menerusi sepakan penalti minit ke-67.

“Dengan persiapan singkat dan pemain yang kurang rehat, keputu- san seri ini boleh dianggap baik walaupun kita berpeluang untuk mencatat kemenangan sebenarnya.

“Tetapi apabila diberi tekanan, para pemain hilang konsentrasi sehingga menyebabkan kita terpaksa memberi sepakan penalti kepada lawan,” jelas Kim Swee.

Bagi pertemuan dengan Perak malam esok, Harimau Muda A mungkin akan mempertaruhkan pula Muslim Ahmad, K. Gurusamy dan Wan Zack Haikal Wan Noor yang telah direhatkan kelmarin.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...