Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Thursday, February 24, 2011

Kijang ingin kekal rentak (Sinar HArian Online)

PENDAHULU liga, Kelantan berhajat mengekalkan rentak kemenangan apabila berkunjung ke Alor Setar untuk bertemu Kedah pada aksi Liga Super, esok.

Rekod tanpa kalah empat perlawanan dicatat anak buah Datuk M Karathu pasti membuatkan dia tersenyum bangga untuk mengecewakan pasukan Kedah dijadual beraksi di laman sendiri.

Namun, Karathu tetap merendah diri dengan menegaskan Kedah sebuah pasukan mantap dan tidak boleh mengambil mudah pertemuan itu nanti.

“Kita masih belum tewas selepas mengharungi empat perlawanan liga setakat ini.

“Pertemuan dengan Kedah adalah perlawanan hebat kerana mereka dibarisi pemain muda cukup pantas dan berpengalaman,” katanya.

Tambah Karathu, Kedah masih belum tewas di gelanggang sendiri musim ini dan pasukannya perlu berhati-hati dengan corak serangan skuad kendalian Ahmad Yusof itu.

“Musim ini, pasukan Kedah tidak pernah kalah di tempat sendiri. Jadi, kami perlu berhati-hati, namun saya tetap mahu anak buah mencari sekurangkurangnya satu mata dari sana (Alor
Setar),” katanya.

Kelantan kini mengumpul 10 mata hasil tiga kemenangan serta satu seri dan terbaru mara ke pusingan kedua Piala FA setelah menewaskan T’Team, Jumaat lalu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...