Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Wednesday, February 23, 2011

Khairul sedia galas tugas (Harian Metro Online)

Oleh Aziman Rosdi dan Azlan Muhammad Zain
sukan@hmetro.com.my

KALI pertama diberikan tugas selaku kapten bagi perlawanan antarabangsa, penjaga gol skuad Olimpik negara, Khairul Fahmi Che Mat bertekad melangsaikan tanggungjawab diserah jurulatih Ong Kim Swee dengan nota kejayaan.

Walaupun terkejut dengan peranan baru itu, Khairul Fahmi, 22, nyata bersedia menyahut cabaran diberikan sambil menyeru rakan sepasukan bermain mati-matian melakar kemenangan ke atas Pakistan dalam aksi pertama pusingan kelayakan Sukan Olimpik 2012 London di Stadium Shah Alam, malam ini.

“Saya terkejut bila jurulatih melantik saya sebagai kapten untuk perlawanan ini kerana baru menyertai latihan bersama mereka. Bagaimanapun, saya sedia memikul tugas ini sebaik mungkin.

“Tanggungjawab ini sebagai pembakar semangat saya beraksi lebih baik pada perlawanan ini tapi saya harap semua pemain bermain mati-matian memastikan kemenangan,” katanya.

Pemilihan Khairul Fahmi untuk memakai lilitan di lengan bersama skuad Olimpik tidak boleh disangkal berdasarkan pengalaman luasnya yang menjadi benteng terakhir skuad senior ketika menjulang trofi Piala Suzuki AFF, Disember lalu.

Malah, pemain Liga Super Kelantan itu yang cukup meminati bekas penjaga gol Jerman dan Bayern Munich, Oliver Kahn turut dianugerah pemain muda terbaik dan penjaga gol terbaik kebangsaan 2010.

Khairul Fahmi yang turut disapa dengan panggilan ‘Apek’ berkata, dia yakin skuad Olimpik negara mampu memanafaatkan peluang beraksi di depan penyokong sendiri bagi mengelak berdepan laluan sukar pada aksi timbal balik di Lahore, Pakistan, 9 Mac ini.

“Tidak ada banyak beza pasukan ini dengan skuad senior kerana ada beberapa pemain dalam skuad Olimpik turut bermain dalam skuad senior. Pasukan ini sudah berkumpul agak lama dan tiada masalah daripada segi persefahaman. Masing-masing ada peluang untuk menang, pasukan yang beraksi baik pasti akan memperoleh kemenangan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RSS Sinar Harian: Sukan

Berita Harian: Sukan

Harian Metro: Arena