Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Thursday, February 24, 2011

Kenari tekad calar rekod Kelantan (Sinar Harian Online)

SKUAD Hijau Kuning berhasrat memusnahkan rekod tanpa kalah Kelantan pada pertemuan Liga Super di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Jumaat ini.

Rekod tanpa kalah Sang Kijang seakan memberi semangat buat anak buah Ahmad Yusof mengekang kejayaan Kelantan.

Pengendali skuad Kedah, Ahmad Yusuf berkata, untuk menyekat kemaraan Kelantan dia akan membariskan pemain utama yang selama
ini tidak dapat diturunkan akibat kecederaan.

“Azlan Ismail dan Amar Rohidan berkemungkinan akan kembali beraksi membantu jentera serangan. “Tidak dinafi kan kebelakangan ini, barisan serangan seakan-akan tumpul, dengan kembalinya mereka diharap dapat meningkatkan prestasi pasukan.

Mengulas mengenai semangat peminat fanatik liga tempatan yang semakin meningkat, Ahmad Yusof berkata, mental pemainnya sentiasa terkawal sekiranya menerima reaksi
negatif daripada penyokong pihak lawan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...