Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Friday, February 25, 2011

Kekalkan momentum (Sinar Harian Online)



KETUA Jurulatih Skuad Senior Kebangsaan, K Rajagobal menganggap kemenangan skuad Olimpik negara ke atas Pakistan pada perlawanan pusingan pertama kelayakan Sukan Olimpik 2012, di Stadium Shah Alam, kelmarin, sebagai permulaan baik.

Menurutnya, apa yang penting pemain bermain dengan semangat juang tinggi dan bersemangat memburu kemenangan.

“Paling penting, Malaysia perlu menang pada perlawanan pertama dan pemain sudah melakukannya.

“Selepas ini, mereka hanya perlu pertahankan kelebihan dimiliki bila berada di Pakistan nanti,” katanya.

Pada masa sama, dia menasihatkan pemain skuad Olimpik supaya mengekalkan momentum dan cuba memenangi perlawanan kedua pusingan pertama di Lahore pada 9 Mac depan.:

“Bila di Pakistan nanti, saya harap pemain beraksi sebagai satu unit dan mengikut arahan diberikan jurulatih.

“Kita doakan mereka menang,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...