Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Sunday, February 27, 2011

Kedah mampu bangkit dari kedudukan tercorot (Sinar Harian Online)

PEMINAT Hijau Kuning diminta terus memberi sokongan padu kepada Kedah kerana yakin pasukan Kenari itu mampu melonjak dari kedudukan ke sembilan Liga Super, apabila sebahagian besar pemainnya yang cedera kini kembali beraksi.

Pengurusnya Datuk Khazali Din berkata, walaupun Kedah kini berada di tempat agak tercorot, namun ia tidak boleh dijadikan kayu pengukur kononnya pasukan itu hilang rentak.

“Sebelum ini kita tiada tonggak utama membantu mencipta kemenangan, kini saya percaya apabila semua pemain kembali beraksi, kita mampu menduduki tempat teratas,” katanya.

Menurutnya, hanya dua pemain masih direhatkan, iaitu penjaga gol, Mohd Helmi Eliza Elias dan Mohd Fazliata Taib, manakala pemain lain yang sebelum ini direhatkan akibat kecederaan sudah pulih sepenuhnya.

“Saya yakin kita mampu kejar walaupun agak sedikit terbelakang. Lima perlawanan dalam pusingan awal ini kita jadikan medan tajamkan kemahiran dan ketangkasan pemain, dan mungkin nasib tidak menyebelahi apabila bertemu pasukan lawan yang dianggap digeruni di padang,” katanya.

Khazali berkata, pihaknya tidak gusar dengan pencapaian Kedah setakat ini, sebaliknya menaruh harapan tinggi Kenari mampu melonjak di saat akhir.

1 comment:

  1. ckp ja lebih.....
    pange balik azrai kor..tu....

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...