Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Monday, February 28, 2011

Johor FC harus lebih peka (Kosmo Online)


PENYERANG Johor FC, Hasni Zaidi Jamian (kiri) diasak pertahanan Selangor, P. Gunalan pada aksi Liga Super malam kelmarin.


JIKA jentera serangan Johor FC lebih peka, tidak mustahil Selangor dapat ditundukkan pada saingan Liga Super di Stadium JCorp, Pasir Gudang malam kelmarin.

Pada pertemuan yang berkesudahan seri tanpa jaringan itu, skuad Lebah dilihat lebih banyak mendominasi permainan terutama pada babak kedua.

Bagaimanapun, beberapa peluang di hadapan pintu gol gagal dimanfaatkan sebaiknya oleh barisan penyerang Johor FC.

Begitupun, pengendali Johor FC, Azuan Zain tetap berpuas hati dengan persembahan anak-anak buahnya yang disifatkan sebagai persembahan terbaik mereka setakat ini.

Menurutnya, Johor FC yang rata-rata dibarisi pemain muda, telah menunjukkan semangat juang yang tinggi untuk mencatat kemenangan berbanding Selangor yang dilihat bermain dengan lebih berhati-hati.

“Ramai yang beranggapan Selangor pasti menang pada pertemuan tadi (kelmarin) tetapi pemain saya telah memberikan aksi terbaik dan berjaya mencipta banyak peluang untuk menghasilkan gol.

“Jika penyerang saya lebih berwaspada setiap waktu, saya yakin kita sebenarnya mampu menang pada pertemuan ini,” kata Azuan yang ditemui sele- pas perlawanan malam kelmarin.

Beliau turut melahirkan rasa bangga terhadap prestasi penjaga gol Johor FC, Mohd. Anis Faron yang berjaya menyelamatkan beberapa percubaan Selangor.

Walaupun beraksi hanya beberapa jam sebelum mendirikan rumah tangga, Mohd. Anis tetap memberikan komitmen seratus peratus sepanjang permainan.

“Saya kagum dengan semangat yang ditunjukkan Anis. Walaupun bakal mendirikan rumah tangga esok pagi (semalam), dia tetap fokus dalam permainan dan berjaya menyelamatkan beberapa cubaan Selangor,” tambah Azuan.

Menurut beliau, khidmat Mohd. Anis masih diperlukan apabila Johor FC menentang Terengganu malam esok ter- utama selepas beberapa tonggak utama masih dibelenggu masalah kecederaan.

Eddy Helmi Abd. Manan masih mengalami kecederaan lutut meskipun turut diturunkan pada babak kedua mengganti- kan Shahrizal Saad malam kelmarin manakala Khairul Ismail dalam proses pemulihan selepas menjalani pembedahan lutut bulan lepas.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...