Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Tuesday, February 15, 2011

>Isteri, anak ikut Safee (Metro Online)

PENYERANG baru Pelita Jaya FC, Mohd Safee Sali pastinya bertuah kerana mendapat sokongan padu keluarganya termasuk isteri, Sabarina Yusof serta dua permata kesayangan, Nur Syaza Syaqina dan Nur Syasya Sofrina yang sanggup berhijrah bersama ke Indonesia ketika soal keselamatan menjadi taruhan.

Menurut Sabarina, 29, walaupun pada mulanya beliau ragu-ragu dengan keputusan Safee namun kini bersedia menyokong karier suaminya itu yang sudah terpendam sejak dua tahun lalu.


Malah, katanya, paling penting anak perempuan mereka, Nur Syaza, 3 dan Nur Syasya (15 bulan) tidak demam kerinduan kerana dapat berdekatan dengan Safee.

“Saya memang sokong dia (Safee) pergi, tapi mula-mula saya suruh dia fikir panjang sebelum buat keputusan kerana soal keselamatan perlu diutamakan. Memang dia sudah berjanji membawa keluarga jika ditawar bermain di luar negara.


“Dua tahun lalu, Safee nak sangat bermain di luar negara tapi belum dapat tawaran, jadi bila dapat tawaran kali ini memang dia nak pergilah. Biar dia cuba dulu setahun di sana, lagipun anak-anak turut bersama. Mereka sebelum ini kerap demam kalau Safee bermain ‘away’ (di tempat lawan),” katanya yang mendirikan rumah tangga dengan Safee empat tahun lalu.


Selain itu, turut menemani Safee yang mengikat kontrak setahun bersama kelab Liga Super Indonesia itu adalah ayahnya, Mohd Safi Mian.

Safi, 64, bekas polis turut merestui pemergian anak kelapan daripada 12 adik-beradik itu untuk mengadu nasib di negara jiran walaupun pada mulanya tidak bersetuju.


“Pada mulanya saya tak setuju tapi ia atas kehendak Safee dan saya akhirnya restui juga. Sebagai seorang ayah, saya doakan yang terbaik buat Safee, semoga dia berjaya di Indonesia,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...