Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Monday, February 21, 2011

Hleb perlu kerja keras (Harian Metro Online)

LONDON: Pemain tengah Birmingham City, Alexander Hleb perlu bekerja keras untuk mengembalikan kecergasan menjelang perlawanan akhir Piala Liga menentang Arsenal, hujung minggu depan.

Hleb mengalami kecederaan lutut ketika Birmingham menewaskan Sheffield Wednesday, 3-0, di pusingan kelima Piala FA dan pemain Belarus itu meninggalkan St Andrew dengan menggunakan topang.

Bekas pemain Arsenal yang dipinjamkan dari Barcelona itu akan menjalani imbasan yang akan menentukan sama ada dia mampu pulih tepat pada masanya untuk menentang Gunners di Wembley, Ahad ini.

Pengurus Blues, Alex McLeish berkata, Hleb kini sukar berjalan. “Dia perlu menjalani imbasan dalam tempoh 24 jam. Kami tidak jangka kecederaannya parah,” katanya. - AFP

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RSS Sinar Harian: Sukan

Berita Harian: Sukan

Harian Metro: Arena