Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Wednesday, February 23, 2011

Harimau tekad mengaum (Harian Metro Online)

“TIDAK tertekan.” Kesimpulan ringkas itu disuarakan jurulatih Olimpik kebangsaan Ong Kim Swee ketika harapan menggunung diletakkan kepada skuadnya untuk meneruskan kecemerlangan dicipta skuad senior dan Bawah 23 yang menjuarai Piala Suzuki AFF dan Sukan Sea Laos sebelum ini.

Beliau sebaliknya menegaskan, pemain sudah bersedia untuk menentang Pakistan pada perlawanan pertama pusingan pertama kelayakan Sukan Olimpik 2012 di Stadium Shah Alam, jam 8.45 malam ini.

“Apa yang lebih penting mereka bersemangat untuk memberikan aksi terbaik selepas lebih seminggu menjalani latihan pusat serta mengharungi beberapa perlawanan persahabatan di dalam dan luar negara.

“Malah, reaksi di kalangan pemain juga positif sejak dipanggil menyarung jersi kebangsaan termasuk beberapa pemain yang beraksi untuk pasukan negeri bagi membentuk kerjasama baik terutama di segi semangat juang,” katanya kepada wartawan, semalam.

Kim Swee turut berkeyakinan tinggi anak buahnya mampu mencari bekalan gol selesa untuk menghadapi perlawanan timbal balik pada awal bulan depan walaupun tanpa kehadiran dua penyerang utamanya, Izzaq Faris Ramlan dan Syahrul Azwari Ibrahim yang mengalami kecederaan. “Ketiadaan mereka bukan halangan. Saya mempunyai Ahmad Shakir Ali dan Ahmad Fakri Saarani untuk menggalas tugas itu selain beberapa pemain lagi yang mempunyai kemampuan menjaringkan gol,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...