Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Thursday, February 24, 2011

Hanya dua gol (Harian Metro Online)

Oleh Aziman Rosdi dan Azlan Muhammad Zain
sukan@hmetro.com.my

TAHNIAH...pemain Malaysia, Mohd Irfan  (tengah) meraikan jaringan dengan memeluk jurulatih, Kim Swee (kiri) di Stadium Shah Alam, semalam.
TAHNIAH...pemain Malaysia, Mohd Irfan (tengah) meraikan jaringan dengan memeluk jurulatih, Kim Swee (kiri) di Stadium Shah Alam, semalam.

HAJAT skuad Olimpik negara untuk mencipta kemenangan besar ke atas Pakistan pada aksi pertama pra kelayakan Olimpik malam tadi tidak kesampaian apabila hanya menundukkan lawan yang beraksi dengan 10 pemain dengan 2-0.

Bekalan dua gol menerusi jaringan Wan Zahrulnizam Wan Zakaria dan Mohd Irfan Fazail pada babak pertama permainan tampak belum cukup selesa buat Malaysia melepasi halangan pusingan awal apabila akan bertandang ke Lahore bagi perlawanan timbal balik pada 9 Mac depan.

Sebaik babak pertama bermula, skuad kendalian jurulatih Ong Kim Swee pantas melancarkan asakan ke arah gawang Pakistan yang dikawal pemain kelab Denmark, Birkerod IF Skjold, Yousuf Ejaz Butt.

Asakan itu nyata berhasil apabila pemain tengah lincah, Wan Zahrulnizam meledak dengan rembatan deras kaki kanan selepas menerima bola hantaran sudut Fandi Othman untuk meletakkan Harimau Malaya di depan pada minit ke-3.

Gol itu nyata menyuntik semangat pemain muda negara yang terus memberi tekanan dengan beberapa serangan bahaya namun gagal membuahkan hasil dengan penyudah yang kurang berbisa.

Bermula dengan percubaan satu lawan satu penyerang Ahmad Shakir Ali dengan Yousuf di minit ke-14 yang disia-siakan, lebih 7,000 penyokong Utras Malaya yang berada di Stadium Shah Alam tambah kecewa apabila sepakan percuma K Gurusamy dari jarak 25 meter singgah di palang gol.

Shakir sekali lagi berpeluang untuk menambah jaringan namun rembatannya dalam kotak penalti di minit ke-23 berjaya di selamatkan Yousuf.

Ketika skuad Pakistan bimbingan Tariq Lutfi cuba mengasak kubu skuad negara, ketegangan berlaku di penghujung babak pertama sehingga menyaksikan penyerang Pakistan, Ansar Abbas dibuang padang.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...