Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Saturday, February 26, 2011

Ferris, Thamil sandaran skuad Harimau Muda A (Kosmo Online)

GANDINGAN penyerang, Ferris Danial Mat Nasir dan A. Thamil Arasu bakal dipertaruhkan skuad Harimau Muda A untuk menghadapi Felda United pada aksi kelima Liga Super di Stadium Shah Alam malam ini.

Ferris Danial, 19, dimasukkan sebagai pemain gantian ketika skuad Olimpik kebangsaan menewaskan Pakistan 2-0 pada Rabu lalu manakala Thamil Arasu, 20, tidak berada dalam senarai 18 pemain untuk aksi Kelayakan Olimpik 2012 itu.

Jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swe berkata, beliau akan menurunkan skuad seimbang untuk perlawanan malam ini serta dua aksi berikutnya menentang Perak pada Selasa depan dan pusingan kedua Piala FA bertemu Johor dua hari kemudian.

"Untuk perlawanan esok (malam ini), saya mungkin akan merehatkan tiga atau empat saja pemain yang beraksi menentang Pakistan.

"Bagi jentera serangan, saya akan meletakkan kepercayaan kepada Ferris Danial dan Thamil Arasu untuk memburu gol.

"Biarpun Syahrul Azwari Ibrahim sudah pulih daripada kecederaan lutut, saya tidak mahu tergesa-gesa meletakkannya dalam kesebelasan kerana risiko kembali tercedera.

"Izzaq Faris Ramlan pula hampir pasti terlepas aksi bertemu Pakistan di Lahore (9 Mac depan) kerana masih belum turun berlatih selepas mengalami kece- deraan hamstring," kata Kim Swee ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Dalam pada itu, Kim Swee turut mengesahkan, empat pemain 'luar' skuad Olimpik kebangsaan tidak dibenarkan beraksi untuk pusingan kedua Piala FA pada Jumaat depan.

Mereka ialah Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan), Ahmad Fakri Saarani (Negeri Sembilan) serta Ahmad Shakir Md. Ali dan Faizal Abu Bakar (Kedah).

"Perkara ini telah ditetapkan lebih awal oleh Jawatankuasa Pertandingan Tempa- tan (JKPT) dan tidak perlu timbul isu.

"Dengan Harimau Muda A beraksi awal sehari bertemu Johor, saya meran- cang satu aksi persahabatan skuad Olimpik bertemu pasukan kelab yang telah tersingkir dari Piala FA pada 4 Mac (Jumaat depan)," jelasnya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...