Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Saturday, February 26, 2011

Dua gol belum lagi cukup - Muslim (Utusan Malaysia Online)

KUALA LUMPUR - ''Kalau diikutkan hati, memang saya tidak berpuas hati dengan kemenangan semalam kerana hanya dua jaringan sahaja mampu dicatatkan.'' Demikian pengakuan secara jujur pemain pertahanan skuad Olimpik negara, Mohd. Muslim Ahmad mengenai perlawanan dengan Pakistan, Rabu lalu.

Tambahnya lagi, sememangnya skuad negara layak menang dengan jaringan yang lebih besar lagi jika dihitung peluang terhidang.

Muslim bagaimanapun enggan menyalahkan rakan-rakannya di bahagian serangan kerana telah mencuba apa yang termampu.

''Kami semua telah cuba sedaya upaya mahu menambah gol pada separuh masa kedua malahan kami banyak mengawal perlawanan berbanding Pakistan tetapi jelas rezeki tidak memihak kami," ujarnya.

Namun, pemain kelahiran Terengganu itu berkata, dia mahu melupakan segera perlawanan itu dan memberikan fokus kepada pertemuan kedua di Lahore, 9 Mac ini.

''Apa yang dah berlaku, biarkan berlalu. Kini saya dan rakan-rakan hanya mahu memikirkan perlawanan kedua dan mencari kemenangan sekali lagi di sana.

''Cuma diharapkan kami semua tidak leka dengan kemenangan ini kerana perjuangan masih belum berakhir. Kami masih ada 90 minit lagi di sana, " ujarnya.

Muslim yang bergandingan dengan Mohd. Fadhli Shas di bahagian pertahanan beraksi dengan cemerlang pada perlawanan tersebut dengan dapat menandingi kekuatan fizikal barisan penyerang Pakistan.

Sementara itu, Muslim turut kecewa dengan taktik para pemain Pakistan yang banyak melengahkan masa permainan.

''Tindakan mereka itu banyak mengganggu momentum permainan kami dan saya harap itu tidak berlaku lagi pada perlawanan di sana.

''Mengenai sasaran kami nanti, kami mahu mendapatkan gol awal di tempat lawan supaya dapat membunuh semangat juang Pakistan. Mereka memerlukan empat gol selepas itu jika berhasrat mahu mara ke pusingan kedua," jelasnya.

2 comments:

  1. Tahniah atas kemenangan ..
    Namun banyak yang perlu diperbaiki.
    Ketiadaan watak Syafiq dengan hantaran tepat.. Safee dengan tandukan maut.. dan Norsahrul dengan gelecekan bertaraf dunia.. amat diperlukan skuad ini.
    Ong Kimm Swee perlu galakan penyerang mengelecek dalam situasi 1 lawan 1. Banyak kali dalam situasi ini berlaku mereka memilih membuat hantaran walaupun sebenarnya tidak perlu.. Pemain kita lebih berkemahiran skill dan fizikal yang lebih mantap dari lawan.. Yakin menang di Lahore..

    ReplyDelete
  2. sokong dengan komen diatas.....
    insyaallah kita akan menang di Lahore nanti....
    Malaysia memang mantap...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...