Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Friday, February 25, 2011

Belum cukup mantap (Harian Metro Online)

Oleh Aziman Rosdi
aziman@hmetro.com.my

CEKAP...penjaga gol Pakistan  menyelamatkan gawang daripada ditembusi penyerang negara,  Wan Zaharulnizam.
CEKAP...penjaga gol Pakistan menyelamatkan gawang daripada ditembusi penyerang negara, Wan Zaharulnizam.

AKSI dipamer skuad Olimpik negara ketika menundukkan Pakistan, 2-0, kelmarin jika diulangi sebenarnya boleh mengundang padah ketika laluan mereka masih jauh untuk menggapai satu slot beraksi di Sukan Olimpik London 2012.

Memang terbukti skuad kendalian jurulatih Ong Kim Swee tampil lebih hebat berbanding lawannya itu dan dijangka tidak berdepan masalah melepasi perlawanan kedua apabila bertandang di Lahore, 9 Mac ini.

Tapi adakah dengan persembahan sebegitu cukup untuk menjamin mereka melepasi dua lagi pusingan kelayakan yang bakal menghadirkan cabaran lebih getir di mana 13 pasukan ranking terbaik Asia seperti Australia, Korea Selatan, Jepun dan Arab Saudi akan bersaing bersama 11 pemenang pusingan pertama.

Bagi bekas pemain kebangsaan, Khalid Ali yang menonton perlawanan Malaysia dengan Pakistan berpendapat, pemain muda negara perlu memperbaiki prestasi jika berhajat untuk mara lebih jauh.

“Memang ada peningkatan tapi untuk melayakkan diri ke Olimpik bukan mudah kerana lawan selepas ini lebih kuat. Apa yang saya lihat semalam bahagian serangan kurang mantap dan juga kawalan bola perlu diperbaiki.

“Kita tidak boleh bohong diri sendiri, pasukan ini baru membangun, memang kita mempunyai pemain bagus tapi sebenarnya tahap kita masih jauh. Kita mungkin tidak ada masalah untuk menewaskan Pakistan tapi perlu beraksi lebih baik apabila bertemu pasukan lebih kuat selepas ini,” katanya yang dihubungi Arena Metro semalam.

Teguran ikhlas Khalid, 54, itu wajar diambil kira memandangkan skuad negara banyak mensia-siakan peluang menambah jaringan di babak kedua selepas mendahului lawan yang beraksi dengan 10 pemain, 2-0 pada separuh masa pertama.

Beliau yang menganggotai skuad negara yang layak ke Sukan Olimpik Moscow pada 1980 bagaimanapun tidak menafikan ada beberapa aspek positif dipamerkan dalam perlawanan itu.

“Mereka beraksi dalam satu pasukan dan berani menggelecek ketika melancarkan serangan. Mereka juga boleh mengekalkan tempo yang sama hingga tamat perlawanan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...