Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Saturday, February 26, 2011

Azuan resah (Harian Metro Online)

KELIBAT kapten Johor FC, Rezal Zambery Yahya dan Eddy Helmi Manan tampak masih samar untuk diturunkan dalam kesebelasan utama pada pertemuan menentang Selangor dalam saingan Liga Super di Stadium JCorp, Pasir Gudang, malam ini.

Kedua-dua pemain tonggak skuad Lebah itu cedera dan terpaksa diketepikan jurulatih Azuan Zain pada sesi latihan menjelang pertembungan menentang skuad bimbingan K Devan.

Situasi itu pasti menambah keresahan Azuan yang perlu mencari jalan terbaik menguatkan barisan tengah skuad itu dalam usaha memburu tiga mata bagi mengelak terus terjerumus ke dasar liga elit domestik.

Azuan menegaskan, perancangan rapi perlu dirangka seandainya Rezal Zambery dan Eddy Helmi tidak dapat diturunkan selain penjaga gol utama, Mohd Anis Faron turut belum pasti disenaraikan kerana melangsungkan perkahwinan.

“Tempoh 90 minit perlawanan kritikal buat Johor FC yang harus beraksi dengan taktik tersusun dan tidak kelam-kabut andai ingin mengutip tiga mata penting di laman sendiri malah saya jangkakan pertembungan ini pasti sengit.

“Kecederaan Rezal Zambery-Eddy Helmi tidak serius tapi mereka masih kurang cergas dan saya tidak mahu mengambil risiko jika keadaan mereka tidak pulih sepenuhnya kerana perjalanan liga masih panjang.

“Saya hanya ada seorang penjaga gol saja iaitu Mohd Fadly Paat selepas Mohd Anis melangsungkan pernikahan manakala Suhardy Alby mungkin tidak cergas akibat kecederaan,” katanya.

Di sebalik rasa resah, Azuan menaruh harapan tinggi kemenangan 5-0 ke atas KL SPA pada saingan Piala FA mampu menerbitkan keyakinan kepada pemain tatkala benteng pertahanan bakal kembali kukuh dengan kembalinya, Mohd Hamzani Omar dan Abdul Rahman Zabul yang pulih dari kecederaan.

Beliau juga tampak lega selepas Shahrizal Saad sudah mula menemui sentuhan jaringan apabila menjaringkan dua gol ketika menewaskan KL SPA.

“Saya menaruh harapan tinggi terhadap gandingan Shahrizal-Wan Hoesne Wan Hussain menterjemah setiap peluang kepada jaringan,” kata Azuan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RSS Sinar Harian: Sukan

Berita Harian: Sukan

Harian Metro: Arena