Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Tuesday, February 22, 2011

Awasi Yousof, Irfan (Harian Metro Online)

DUA pemain import Pakistan yang berpangkalan di Eropah perlu diberi perhatian sewajarnya oleh barisan pemain skuad Olimpik kebangsaan andai berhasrat mencipta kemenangan.

Pemain tengah Kelab Persatuan Bola Sepak Bradford Park Avenue, Irfan Khan yang beraksi di England serta penjaga gol, Yousof Ejaz Butt yang menyarung jersi Birkerod IF Skjold di Denmark pastinya menjadi kunci kekuatan jurulatih Pakistan, Tariq Lutfi pada aksi Stadium Shah Alam, malam esok.

Irfan sebelum ini turut mewakili Pakistan pada Kejohanan Piala AFC Bawah 19 di Iran pada 2007 manakala Yousof yang turut mempunyai kerakyatan Kanada kini dikatakan berada di prestasi terbaik ketika ini apabila menjadi penjaga gol paling kurang melepaskan gol dalam liga dan dia dilapor hanya dibolosi empat daripada 10 perlawanan.

Selain itu, Pakistan turut membuat persiapan rapi apabila berada di Thailand sejak awal bulan ini untuk menyesuaikan diri serta mengadakan perlawanan persahabatan, termasuk menentang skuad Olimpik negara jiran itu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RSS Sinar Harian: Sukan

Berita Harian: Sukan

Harian Metro: Arena