Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Sunday, February 6, 2011

Aksi Liga Perdana Mesir digantung (berita Harian Online)

2011/02/06

KAHERAH: Persatuan Bola Sepak Mesir (EFA) menggantung perlawanan liga negara itu berkuat kuasa kelmarin dan menyatakan harapan ‘kestabilan akan kembali’ selepas keganasan rusuhan melanda negara Arab itu.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, EFA berkata ia memutuskan untuk menangguhkan perlawanan liga di semua empat divisyen profesional di negara itu termasuk perlawanan remaja dan junior sehingga keamanan berjaya dicapai.
EFA menangguhkan perlawanan pusingan ke-16 Liga Perdana Mesir minggu lalu selepas jutaan penunjuk perasaan anti dan pro Presiden, Hosni Mubarak merusuh di Kaherah dan beberapa bandar lain yang turut mengakibatkan kehilangan nyawa di kedua-dua pihak.
Terdahulu, Amerika Syarikat (AS) turut membatalkan perlawanan persahabatan menentang Mesir di Stadium Antarabangsa Kaherah yang dijadualkan pada Rabu depan dengan EFA sedang berusaha untuk membuat penjadualan semula perlawanan itu dengan konsulat AS.

Selain itu, perlawanan kelayakan timbal balik kedua membabitkan kelab Mesir, Zamalek dalam saingan Liga Juara Afrika menentang kelab Ulinzi daripada Kenya yang dijadualkan di Kaherah 13 Februari ini dijangka turut ditangguhkan dengan EFA sedang mendapatkan persetujuan Persatuan Bola Sepak Afrika untuk mengadakan perlawanan di Libya. - AP

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...