Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Thursday, January 27, 2011

Zainol mahu kelab peminat Perak bersatu (Harian Metro Online)

SATU suara dan satu nada! Begitulah harapan Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Datuk Zainol Fadzi Paharuddin kepada semua kelab peminat pasukan Kejor Yob Kejor yang kini tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan.

Gesaan itu dibuat Zainol berikutan wujud beberapa kelab peminat sehingga menyaksikan berlaku persaingan dalam usaha setiap kelab menonjol diri untuk mencari pengaruh.

“Demi sokongan kepada pasukan Perak, saya harap semua kelab peminat bola sepak Perak bekerjasama bagi menyemarakkan sokongan.

“Pasukan Perak perlukan sokongan padu penonton. Sehubungan itu saya harap tiada permusuhan antara kelab-kelab ini sebaliknya usaha ditumpukan ke arah menyokong pasukan dalam kempen Liga M.” Justeru, beliau mencadangkan satu jawatankuasa bertindak ditubuhkan terdiri daripada wakil kelab yang ada untuk mencari rumusan terbaik bagi memantapkan sokongan pasukan pasukan Seladang.

“Melalui forum ini segala masalah dan pertikaian dapat di selesaikan secara kolektif. Dengan cara ini mudah bagi Pafa mengambil tindakan agar tiada pihak yang tersinggung,” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan wakil-wakil kelab terbabit di Ipoh, baru-baru ini.

Selain kelab peminat, bloggers turut memainkan peranan dalam menyebarkan berita mengenai perkembangan pasukan Kejor Yob Kejor itu.

Dalam perkembangan lain, Zainol yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesenian, Kebudayaan, Belia Dan Sukan Negeri yakin pemain Seladang sudah bersedia untuk mengharungi kempen Liga M bermula Sabtu ini. Perak membuka kempen dengan bertandang ke Kuala Lumpur untuk pertemuan di Stadium PBKL di Cheras.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...