Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Sunday, January 2, 2011

Wan Jamak tiada masalah bentuk barisan mantap (Berita Harian Online)

Oleh Mohd Amin Jalil
bhsukan@bharian.com.my
2011/01/02

SEKALIPUN tujuh pemain baru menganggotai skuad Negeri Sembilan untuk saingan Liga Malaysia 2011, jurulatih Wan Jamak Wan Hassan tidak berdepan banyak masalah membentuk skuad mantap menjelang sepak mula, 29 Januari ini.

Malah selepas kira-kira sebulan setengah mengendalikan latihan, dia melahirkan keyakinan tinggi terhadap skuad bimbingannya yang semakin menunjukkan persefahaman.

“Setakat ini latihan berjalan lancar dan apa yang membanggakan ialah setiap pemain menunjukkan sikap positif terhadap latihan dan ini baik untuk membentuk skuad mantap.
“Mereka juga sedar tugas dan tanggungjawab berat untuk musim baru, lebih-lebih lagi untuk mencapai sasaran sasaran pengurusan merangkul tiga kejuaraan iaitu mempertahankan trofi Piala FA, menjuarai Liga Super dan merampas semula Piala Malaysia,” katanya semalam.

Negeri Sembilan membawa masuk tujuh pemain berpengalaman iaitu Norhafiz Zamani Misbah, Mohd Farizal Marlias, Ahmad Fakri Saarani, Ahmad Aminuddin Shaharuddin, Irwan Fadzli Idrus, Hairuddin Omar dan G Mahathevan.

Wan Jamak berkata, dia yakin dengan keupayaan pemain dan menyifatkan barisan kali ini lebih seimbang dan banyak pilihan termasuk bagi mengisi posisi penyerang yang sebelum ini hanya disandarkan kepada Mohd Zaquan Adha Abd Radzak.

“Setakat ini prestasi Hairuddin dan Fakri menampakkan kemajuan tetapi saya perlu terus mencuba kesesuaian setiap pemain bagi memastikan benar-benar mantap.”

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...