Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Tuesday, January 25, 2011

Wan Jamak risau penyerang hambar (Berita Harian Online)

Oleh Mohd Amin Jalil

2011/01/25

TANPA menyembunyikan hakikat betapa dia gelisah memikirkan ketumpulan jentera serangan, Wan Jamak Wan Hassan tetap menyuarakan anak didiknya sudah bersedia apabila Negeri Sembilan menentang Harimau Muda A dalam saingan pembuka tirai Liga Super di Paroi, Sabtu ini.

Pengendali itu berharap barisan Hobin Jang Hobin dapat terus memberi fokus kepada usaha meningkatkan kemantapan dan prestasi seiring dengan misi disasarkan iaitu mempertahankan kejuaraan Piala FA, menjuarai Liga Super dan merampas kembali Piala Malaysia.

“Menyedari misi mencapai sasaran besar itu bukan sesuatu yang mudah tetapi bukan mustahil, saya berharap pemain Negeri Sembilan terus menanam azam tinggi untuk beraksi cemerlang sepanjang saingan nanti demi merealisasikan tiga sasaran ini,” katanya, semalam.

Tidak dinafikan ketumpulan jentera serangan Negeri Sembilan mencetus rasa bimbang ketika saingan sebenar bakal bermula dan ia terpancar ketika seri 0-0 menentang Polis dalam siri persahabatan di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, Sabtu lalu.

Pengendali berpengalaman dari Johor itu mengakui, sedikit bimbang dengan situasi berkenaan walaupun pada perlawanan terbabit dia tidak menurunkan penyerang utama, Hairuddin Omar dan S Kunalan yang didapati kurang cergas.

“Walaupun ia sekadar pemanas badan, saya tetap bimbang dengan keputusan perlawanan tanpa jaringan. Saya harap ia tidak berlaku pada aksi sebenar 29 Januari ini kerana sasaran kami adalah untuk bermula dengan tiga mata penuh,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...