Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Monday, January 3, 2011

Wan Jamak belum puas aksi Hoben Jang Hoben (Harian Metro Online)

SEKALIPUN ada kemajuan memberangsangkan dari segi prestasi dipamerkan pemain Negeri Sembilan sepanjang latihan dan dalam beberapa perlawanan persahabatan, ia belum memuaskan hati jurulatih Wan Jamak Wan Hassan.

Oleh Mohd Amin Jalil am@hmetro.com.my Hakikatnya jurulatih berpengalaman itu mahu melihat aksi lebih mantap dan sentuhan meyakinkan dari setiap anak buahnya seperti mana yang pernah mereka tunjukkan sepanjang musim lalu.

Bagi Wan Jamak, pemain perlu menunjukkan skil dan keupayaan sebenar yang mereka miliki walaupun pada sesi latihan atau perlawanan persahabatan, bagi memastikan strategi dan percaturan yang dirangkanya nanti benar-benar memberi kejayaan.

“Melalui persiapan rapi yang sudah kita lakukan setakat ini memang menampakkan kemajuan memberangsangkan dengan setiap pemain menunjukkan komitmen tinggi dan kesungguhan mencapai prestasi terbaik, walaupun masih ada beberapa kelemahan.

“Namun begitu saya masih belum dapat melihat sentuhan mengagumkan yang pernah mereka pamerkan sepanjang musim lalu.

“Justeru, saya berharap pada fasa latihan terakhir sepanjang bulan ini dengan empat perlawanan persahabatan yang sudah kita rancangkan, pemain dapat menunjukkan rentak persembahan yang lebih baik dan aksi lebih mantap bagi memudahkan strategi yang sedang kita rangka menjelang saingan liga nanti,” katanya semalam.

Beliau mengakui sudah ada keserasian padu di antara setiap pemain walaupun ada tujuh pemain baru menganggotai skuad itu terutama barisan depan membabitkan gandingan Hairuddin Omar (gambar) dengan Ahmad Fakhrani Saarani selepas sesi penyesuaian pemain dilakukan sepanjang latihan yang bermula sejak pertengahan November lalu.

Justeru, katanya, latihan fasa terakhir sepanjang bulan ini akan memberikan fokus kepada aspek mengenal pasti senarai barisan kesebelasan utama bagi memastikan Negeri Sembilan dapat memulakan saingan dengan menurunkan barisan terbaik dan meraih kemenangan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...