Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Sunday, January 2, 2011

'Usah pandang rendah cabaran Perlis' (Berita Harian Online)

Oleh Kamudin Baharom
bhsukan@bharian.com.my
2011/01/02

“JANGAN sesekali memandang rendah atau memperlekehkan cabaran Perlis pada saingan Liga Malaysia (Liga M) 2011, bermula 29 Januari depan,” demikian amaran ketua pasukan Liga Super Perlis 2011, Azmizi Azmi.

Menurutnya, tafsiran hanya disebabkan skuad Singa Utara tidak memiliki pemain bertaraf bintang dan dipikul lebih 90 peratus tenaga muda bawah 25 tahun mungkin menjerat pasukan lain.

Katanya, banyak faktor perlu diambil kira dalam menilai kemampuan sesebuah pasukan termasuk tahap keupayaan, kemantapan atau keberkesanan.

“Bagi saya, pemain bertaraf bintang dan berpengalaman bukan jaminan bahawa pasukan itu mampu memberikan persembahan cemerlang kerana pernah berlaku dalam sejarah Liga-M di mana pasukan dengan pemain hebat gagal menjulang sebarang kejuaraan.

“Sebaliknya, Perlis yang mempertaruhkan tenaga muda di samping beberapa tonggak berpengalaman, tanpa pemain bintang dan diletakkan sebagai bukan pilihan pernah menjulang Piala Malaysia (2004) dan mengulanginya pada 2006,” katanya.

Azmizi, 24, tonggak pertahanan kanan yang bakal diberi peranan baru selaku pemakai lilitan lengan menggantikan Mohd Fauzi Nan yang berhijrah ke Kedah berkata, beberapa faktor lain seperti semangat, kesungguhan tinggi, tahap disiplin dan komitmen berpasukan juga amat penting dalam sesebuah pasukan.

Hampir 90 peratus pemain Perlis adalah tenaga muda tetapi namun kehadiran beberapa pemain berpengalaman dan `import' seperti Samransak Kram, Mohd Fadly Baharum, Mohd Farizal Rozali, Mohd Sany Mat Isa (tengah) serta Mohd Hafiszuan Salehuddin dan Syed Abdul Ghafar Syed Amir menyeimbangi kekuatan Singa Utara.

Kehadiran pemain skuad Liga Super musim lalu seperti Mohd Faiz Subri, Wan Khairul Faiz Wan Kamaruddin dan bekas penyerang Piala Presiden, Mohd Hazwan Zainun turut menyumbang kekuatan pasukan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...