Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Wednesday, January 5, 2011

Tujuh pemain kebangsaan sandaran Kedah (Berita Harian Online)

Oleh Bashah Zainol Abidin
bhsukan@bharian.com.my
2011/01/05

SEMUA pemain utama Kedah perlu mempamer kemampuan sebenar ketika berada di atas padang, bukan sekadar memiliki kemampuan individu saja, kata ketua jurulatih Hijau Kuning, Ahmad Yusoff.

Menurutnya, Kedah kini memiliki tujuh pemain kebangsaan iaitu Sabre Abu, Khyril Muhymeen Zambri, Faizal Abu Bakar, Amar Rohidan dan Khyril Helmi Johari yang bersama pasukan Malaysia ketika menjuarai Piala AFF Suzuki 2010 manakala dua pemain lagi, Baddrol Bakhtiar dan Azmi Muslim terpaksa menarik diri kerana kecederaan.

“Dengan tujuh pemain kebangsaan ini, kita sepatutnya beraksi mantap dan menang setiap perlawanan tetapi kegagalan mereka beraksi dengan keupayaan sebenar menyebabkan kita kerap menerima padah.
“Selepas tiga perlawanan ujian bertemu PKNS (0-0), Sarawak (5-0) dan Sime Darby FC (1-0), saya gembira kerana Kedah mempunyai ramai pemain dari pasukan Liga Simpanan untuk diketengahkan dan dengan kehadiran pemain kebangsaan, Kedah sepatutnya lebih mantap,” katanya.

Kedah akan bertemu Perlis hujung minggu ini untuk satu lagi pemanas badan dan medan Ahmad mengenal pasti kesebelasan utama untuk kempen Liga Super nanti.

Kehadiran bekas pertahanan Perlis, Fauzi Nan berjaya menampung kerapuhan benteng pertahanan yang agak goyah musim lalu dan bersama-sama Azmi dan V Thirumurugan, ditambah kecekapan penjaga gol Elmi Eliza Elias, benteng Hijau Kuning tampak cukup kukuh.

“Saya juga akan mengenal pasti siapa gandingan bersama Amar Rohidan apabila bertemu Perlis nanti,” katanya yang dilihat tidak bermasalah mencari gandingan berbisa di barisan depan dengan kehadiran Baddrol, Faizal dan Firdaus Fauzi selepas Azlan Ismail masih berehat kerana pembedahan lutut.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RSS Sinar Harian: Sukan

Berita Harian: Sukan

Harian Metro: Arena