Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Monday, January 17, 2011

Tok Gajah sedia mengamuk (Sinar Harian Online)

JUARA sulung edisi Liga Super, pasukan Pahang Darul Makmur bawah kendalian Dollah Salleh pastinya pening kepala untuk menyenaraikan kesebelasan pemain terbaiknya dalam aksi Liga Malaysia 2011, musim ini.

Daripada 21 pemain yang berdaftar, kira-kira 18 pemain skuad Tok Gajah mempamerkan prestasi yang menakjubkan semasa latihan, malah berazam menghadirkan cabaran yang sengit kali ini.

“Agak sukar bagi saya untuk menamakan kesebelasan utama pasukan Pahang kali ini. Jika tahun sebelum ini, saya tiada banyak pilihan menyenaraikan pemain mantap.

“Saya pernah cakap kepada Tuanku (Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah), pemain yang ada kini tekad memberikan saingan yang getir kepada pasukan lain dan berjanji mengharumkan nama Pahang dalam arena bola sepak.

“Ini satu persaingan yang positif buat saya, juga kepada pemain. Mereka berjanji untuk memberikan aksi terbaik Liga M musim ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Bekas pemain kebangsaan berusia 48 tahun itu juga menyasarkan sekurang-kurangnya satu koleksi piala untuk di bawa pulang ke bumi Kuantan setelah kali terakhir melakukan ketika menjulang Piala FA, sewaktu menewaskan Perlis pada 2006.

“Dengan senarai pemain yang kian meningkat naik, saya sasar untuk memenangi sekurang-kurangnya satu piala. Agak lama kami tidak meraih gelaran tertinggi dalam pentas bola sepak tempatan sejak kali terakhir menjulang Piala FA pada 2006.

Sementara itu, skuad Pahang kini menjalani fasa latihan persahabatan di Singapura berikutan keadaan yang tidak menentu terutamanya musim hujan yang berlaku di negeri pantai timur sejak kebelakangan ini.

Dollah turut menamakan pasukan Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan T’ Team antara pasukan yang perlu diawasi untuk saingan Liga Super 2011 ini.

Perlawanan pertama yang bakal dilalui pasukan Pahang adalah menanti kunjungan Perlis di Stadium Darul Makmur, 29 Januari depan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...