Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Thursday, January 27, 2011

Tok Gajah sasar julang piala (Harian Metro Online)

JURULATIH Pahang, Dollah Salleh bersama pemainnya berazam menjulang satu piala pada musim ini biarpun laluan getir bakal dihadapi skuad kendaliannya itu.

Menurut bekas pemain kebangsaan itu, lebih membanggakan jika mampu menjulang Piala Liga Super musim ini seperti yang pernah dilakukan pada 2004 ketika dibimbing Zainal Abidin Hassan.

“Saya harap pemain dapat menyesuaikan diri pada aksi pembukaan Liga Super kerana sebelum ini kita hanya bermain dalam lapan perlawanan persahabatan sebagai ujian,” katanya ketika ditemui pada majlis penajaan barangan sukan Lotto di pejabat PBNP, Kuantan, kelmarin.

Hadir sama, Timbalan Presiden PBNP, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail, Naib Presiden Satu PBNP, Datuk Omar Othman, pengurus pasukan, Datuk Ceh Nasir Salleh, Dollah dan Pengurus Produk Star 360 Sdn Bhd, Frankie Ng.

Sementara itu, Omar berkata, sasaran itu tidak mustahil dicapai kerana persiapan dilakukan sejak Disember lalu.

Menurutnya, gabungan pemain lama dan baru termasuk kehadiran tujuh muka baru dalam pasukan diharap membentuk sebuah pasukan mantap untuk mencipta kejayaan membanggakan musim ini.

“Kita percaya dengan kemampuan dan keazaman tinggi pemain termasuk segala persiapan yang dilakukan jurulatih, tiada yang mustahil untuk meraih satu piala.

“PBNP memberi sepenuh kepercayaan kepada Dollah dan diharap sasaran ini menjadi kenyataan,” katanya.

Mengulas penajaan itu, Omar berkata, kesudian menaja barangan sukan kepada skuad Pahang diharap memberi suntikan semangat kepada semua pemain.

Katanya, dengan sokongan itu, pemain perlu lebih bersedia untuk mempamerkan persembahan meyakinkan terutama menghadapi aksi pertama menentang Perlis di Stadium Darulmakmur, Sabtu ini.

“Kami harap dapat meraih kemenangan pertama sebagai suntikan moral,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...