Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Saturday, January 1, 2011

Tindakan FAM tepat (Sinar Harian Online)


MUNGKIN ini kesan daripada keputusan tepat yang diambil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) melarang tidak mengambil pemain import membuatkan pemain tempatan dapat menunjukkan kebolehan masing-masing.

Bekas jurulatih kebangsaan, Mohamad Bakar berkata, kemenangan pasukan Malaysia memenangi Piala Suzuki AFF adalah hasil daripada kesungguhan pasukan tempatan menunjukkan bakat masing-masing tanpa ‘dibelenggu’ dengan bakat daripada luar.

“Ini mungkin satu kesan daripada apa yang dilakukan FAM supaya tidak mengambil pemain luar yang mana pemain kita boleh menunjukkan bakat yang mereka ada di samping diasah jurulatih yang berbakat dan komited.

“Saya yakin, dengan usaha dan semangat yang ada, Malaysia akan terus mengungguli setiap pertandingan yang dianjurkan.

“Kemenangan Ahad lalu menunjukkan Malaysia seperti dilahirkan semula kerana mempunyai barisan pemain yang baik antaranya Mohd Safee Sali yang banyak menyumbang gol untuk pasukan kita. Jika dilihat corak permainan terdahulu, kita seperti teragak-agak untuk mengatur serangan namun tidak sekarang,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Menurutnya, dengan semangat yang kuat daripada semua pihak termasuk penyokong, pemain perlu diingatkan supaya jangan terbuai dengan kemenangan ini berikutan ia terlalu awal untuk dibanggakan.

“Kemenangan yang kita peroleh memang sangat bagus kerana Malaysia bermain dengan penuh semangat dan keyakinan, namun kita tidak boleh leka kerana ini baru permulaan dan masih jauh untuk setanding dengan pasukan lain. Oleh itu, kita perlu berusaha lagi untuk lebih cemerlang,” katanya.

Sementara itu, bekas pemain kebangsaan Abdull Shukor Saleh berkata, Malaysia perlu memperbaiki lagi mutu permainan dan menganggap kemenangan itu hanya kerana tuah.

“Saya tahu ini semua hasil kerja kuat semua pihak termasuk jurulatih dan tahniah saya ucapkan untuk pasukan Malaysia namun kita masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki berikutan kemenangan untuk perlawanan kali ini hanya kerana Malaysia ada tuah dan bukan ini yang kita harapkan.

“Apa yang diharapkan adalah kecekapan dan kebolehan kita sendiri untuk memenangi pertandingan yang akan datang dan apa yang perlu dilakukan adalah latihan dan usaha yang kuat tanpa henti supaya kita boleh berdiri setanding pasukan lain,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...