Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Tuesday, January 25, 2011

Tiket aksi sumbangsih dijual Jumaat (Berita HArian Online)

Oleh Syed Riduan Ahmad

2011/01/25

TIKET perlawanan sumbangsih merebut Piala Sultan Ahmad Shah antara Selangor dan Kelantan akan mula dijual Jumaat ini bermula jam 9 pagi di Stadium Shah Alam, Selangor.

Harga tiket adalah RM20 untuk dewasa dan RM9 bagi kanak-kanak bawah 12 tahun.

Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin selepas mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Piala Sultan Ahmad Shah di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam. Pada mesyuarat berkenaan yang turut dihadiri Pemangku Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Selangor, Deputi Superintendan Ismail Ibrahim serta beberapa pegawainya, FAM turut membincang aspek keselamatan sebelum dan selepas perlawanan pada 29 Januari ini.

“Aspek keselamatan akan dikendalikan sebagaimana final Piala AFF Suzuki di Stadium Nasional Bukit Jalil Disember lalu,” kata Hamidin. “Pemeriksaan rapi di pintu masuk termasuk pemeriksaan badan akan dilakukan bagi memastikan tiada bahan larangan dibawa masuk.

“Kami menjangkakan 80,000 penonton akan hadir pada perlawanan sumbangsih itu dan tiket dibahagi sama rata antara penyokong tuan rumah dan pelawat. Saya harap tiada perkara tidak diingini berlaku dan penyokong kedua-dua pasukan datang untuk menikmati kualiti bola terbaik negara."

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...