Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Saturday, January 22, 2011

Tiga Pemain T'Team Bertemu Jawatankuasa Status Pemain


Indra Putra Mahayuddin

Azizi Mat Rose

Nor Farhan Mohammad


KUALA TERENGGANU, 22 Jan (Bernama) -- Hasrat bekas tiga pemain Kelantan, Indra Putra Mahayuddin, Nor Farhan Mohammad dan Azizi Mat Rose menyertai pasukan baru, T'Team dalam saingan Liga Super yang akan bermula minggu depan hanya akan diketahui Isnin ini.

Jurulatih T'Team, Yunus Alif, berkata ini kerana pada hari tersebut ketiga-tiga pemain itu dipanggil untuk bertemu dengan jawatankuasa status pemain Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

"Jawatankuasa itu akan mendengar keterangan daripada ketiga-tiga pemain itu berkenaan dakwaan pasukan Kelantan kononnya mereka masih ada kontrak dengan pasukan itu," katanya ketika dihubungi Bernama pada hari Sabtu.

Yunus berkata pemain tersebut, yang membantu Kelantan menjuarai Piala Malaysia musim lalu, sudahpun menandatangani kontrak dengan pasukan T'Team untuk beraksi dalam liga Super musim ini.

Beliau berkata ekoran perkara itu ketiga-tiga pemain itu tidak dapat memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pasukan, walaupun setiap hari turun berlatih.

Yunus berharap jawatankuasa tersebut dapat menimbangkan kes ini dengan bijaksana supaya tidak mencalar hati mana-mana pihak, sekaligus membolehkan ketiga-tiga pemain dapat beraksi dengan pasukan T'Team nanti.

Katanya kesebelasan utama pasukan T'Team terpaksa dirombak jika ditakdirkan sekiranya FAM tidak mengeluarkan lesen bermain kepada ketiga-tiga pemain itu.

Yunus berkata T'Team akan membuka tirai pertandingan Liga Super dengan menentang Kedah, di Alor Star pada Isnin depan sebelum berentap dengan Negeri Sembilan di sini.

Beliau berkata sasaran T'Team tahun ini ialah memenangi salah satu daripada tiga piala yang dipertandingkan.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RSS Sinar Harian: Sukan

Berita Harian: Sukan

Harian Metro: Arena