Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Wednesday, January 5, 2011

Terengganu sasar satu trofi Liga-M (Berita Harian Online)

2011/01/05

TERENGGANU menghadapi Liga Malaysia musim ini dengan sasaran merangkul sekurang-kurangnya satu trofi - sama ada Piala FA, Liga Super atau Piala Malaysia.

Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Che Mat Jusoh dalam pertemuan dengan pemain musim ini kelmarin, berkata gandingan pemain berpengalaman termasuk dua pemain Harimau Malaya, Mohamad Ashaari Samsuddin dan penjaga gol, Mohd Sarbinee Allawee Ramli bersama lapan pemain baru dijangka mampu mengangkat Sang Penyu sebagai pasukan terkuat.

Dalam empat perlawanan persahabatan dengan Negeri Sembilan, Felda United, Pos Malaysia dan Kuala Lumpur tanpa khidmat dua pemain kebangsaan itu, pemain semakin menunjukkan keserasian dan peningkatan sekalipun mencatat satu kemenangan dan tiga seri.
“Kalau 10 tahun lalu Terengganu menjulang Piala Malaysia buat pertama kali, tahun ini kita akan cuba mengulanginya,” kata Che Mat.

Terengganu menaruh kepercayaan dengan mengekalkan ketua jurulatih, Irfan Bakti Abu Salim yang mengakui tidak berdepan banyak masalah membentuk pasukan mantap musim ini hasil gandingan pemain berpengalaman dan muka baru.

Skuad Terengganu kini giat menjalani latihan pada setiap petang di padang Pusat Latihan Telekom di Rusila, Marang berikutan Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah sedang menjalani proses pembaikan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RSS Sinar Harian: Sukan

Berita Harian: Sukan

Harian Metro: Arena