Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Saturday, January 8, 2011

Tengku Abdullah kekal Naib Presiden AFC (Harian Metro Online)

Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah

TIMBALAN Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mengekalkan jawatan sebagai seorang daripada empat Naib Presiden Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) bagi penggal 2011 hingga 2015.

Tengku Abdullah, 51, yang tidak dicabar untuk jawatan kerusi rantau Asia Tenggara, diumum kekal memegang jawatan itu selepas kongres ke-24 badan induk bola sepak Asia itu berlangsung di Doha, Qatar, kelmarin.

Tiga lagi jawatan Naib Presiden dimenangi Zhang Jilong (China) dan Yusof Al Serkal (Emiriah Arab Bersatu) yang tidak dicabar manakala Ganesh Tapa (Nepal) menewaskan Ali Saed Loo (Iran) dengan 25-20 undi bagi rantau Selatan dan Tengah Asia.

Mohamed Hammam yang memegang jawatan Presiden AFC sejak 2002 pula mengekalkan jawatan itu untuk penggal ketiga selepas tidak dicabar.

Presiden Persatuan Bola Sepak Thailand (FBT), Datuk Worawi Makudi pula mengekalkan kerusinya dalam Jawatankuasa Eksekutif Fifa sebagai wakil AFC bersama pendatang baru dari Sri Lanka, Manilal Fernando.

Terdahulu Putera Jordan, Ali al-Hussein dipilih sebagai Naib Presiden Fifa dengan menewaskan pesaing dari Korea Selatan, Dr Chung Mong-joon dengan 25-20.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...