Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Monday, January 3, 2011

Strategi Yunus robek gawang Kijang (Harian Metro Online)

T-TEAM tidak memandang rendah Kelantan apabila menganggap mereka mempunyai kelebihan tersendiri ketika bertemu juara Piala Malaysia tahun lalu itu dalam saingan Piala FA musim ini.

Jurulatihnya, Yunus Alif, berkata kelebihan pasukan itu adalah kerana mereka mempunyai bekas pemain Kelantan - Indra Putra Mahayuddin, Nor Farhan Muhammad dan Azizi Mat Rose.

“Sebagai bekas tonggak Kelantan, sudah pasti mereka tahu bagaimana untuk mengatasi pasukan itu,” katanya ketika dihubungi Bernama, semalam.

T-Team akan menjadi tuan rumah bagi perlawanan secara kalah mati itu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, 19 Februari ini.

Mengulas lanjut, Yunus berkata pengalaman ketiga-tiga bekas pemain Kelantan itu penting bukan saja untuk Piala FA, tapi juga untuk mengharungi saingan Piala Malaysia dan Piala Liga.

Yunus berkata, keadaan pasukan T-Team musim ini boleh dikatakan mantap di semua posisi dan bersedia menghadapi cabaran pasukan lain yang dianggap hebat.

Selain membawa masuk bekas pemain Kelantan itu, T-Team juga membariskan ramai bekas pemain kebangsaan seperti Rosdi Talib, Sobri Sulong, Syamsuri Mustafa dan Haris Safwan Kamal.

“Saya akan cuba menggabungkan pengalaman pemain ini supaya menjadi sebuah pasukan disegani dan mantap,” katanya.

Yunus berkata kecemerlangan pasukan T-Team untuk muncul sebagai salah sebuah pasukan hebat tahun ini akan diserlahkan dalam beberapa perlawanan persahabatan yang akan diadakan.

Beliau berkata setiap pemain menunjukkan prestasi dan semangat tinggi bagi membantu pasukan T’-Team menjuarai salah satu piala musim ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...