Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Saturday, January 29, 2011

Sorakan peminat tonik Selangor (Berita Harian Online)

Oleh Jumiati Rosly dan Sukhairi Abd Thani
bhsukan@bharian.com.my
2011/01/29

  PENGURUS pasukan Kelantan, Azman Ibrahim (kiri) bersalam  dengan jurulatih Selangor, K Devan pada sidang  media menjelang pertemuan piala sumbangsih antara Kelantan dan Selangor  di Stadium Shah Alam, malam ini.
PENGURUS pasukan Kelantan, Azman Ibrahim (kiri) bersalam dengan jurulatih Selangor, K Devan pada sidang media menjelang pertemuan piala sumbangsih antara Kelantan dan Selangor di Stadium Shah Alam, malam ini.

Aksi Liga Super buka tirai malam ini

SELANGOR mengharapkan gelombang merah kuning memenuhi Stadium Shah Alam bagi mengapikan semangat perjuangan mereka apabila berentap Kelantan dalam perlawanan sumbangsih merebut Piala Sultan Ahmad Shah, malam ini.

“Saya rasa jika penyokong kuat Selangor hadir malam esok (malam ini) dan melebihi penyokong Kelantan pastinya ia akan menjadi lebih baik,” kata jurulatih pasukan, K Devan mengenai pasukan yang pernah lapan kali membawa pulang Piala Sultan Ahmad Shah.

Katanya, ini kerana seterunya itu mempunyai kelebihan berdasarkan empat rekod pertemuan tahun lalu apabila Selangor hanya mampu seri tiga kali dan kalah sekali dengan Kelantan dan pastinya ia akan memberi sedikit kelebihan kepada pasukan dari pantai timur itu.

“Kebiasaannya bertemu Kelantan agak sukar dan yang kedua kelebihan terletak kepada mereka berdasarkan keputusan tahun lalu. Saya anggap Kelantan ada kelebihan psikologi ke atas kami untuk memenangi trofi pertama dalam perlawanan sumbangsih ini,” katanya di sidang akhbar, semalam.

Sementara itu, kapten pasukan Selangor, Mohd Amri Yahyah mahu rakan sepasukan menunjukkan corak permainan baik memenangi perlawanan di tempat sendiri.

“Kami mahu bermain baik untuk menang esok (malam ini). Kami tidak boleh lihat belakang lagi kerana tahun lalu kalah dengan jaringan banyak. Lagi pun kami akan bermain di tempat sendiri,” katanya yang berjaya menjaringkan lapan gol pada Liga Super, tahun lalu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...