Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Tuesday, January 18, 2011

Skuad Rusa laung amaran sedia gegar pentas Liga Malaysia (Berita Harian Online)

Oleh Mohd Amin Jalil
bhsukan@bharian.cm.my
2011/01/18

REKOD lima kemenangan, satu seri dan satu kalah Negeri Sembilan dalam sesi pemanas badan menjelang saingan Liga Super 2011, membuktikan skuad berkenaan sudah bersedia berdepan mana-mana pasukan dalam misi melakar kejayaan musim ini.

Sambil dibantu enam pemain baru berpengalaman - Norhafiz Zamani Misbah, Hairuddin Omar, Ahmad Fakhri Saarani, Ahmad Aminuddin Shaharuddin, Irwan Fadly Idrus dan G Mahathevan - Negeri Sembilan yakin mencari langkah kanan apabila berdepan Harimau Muda A dalam aksi pertama nanti.

Ketua jurulatih, Wan Jamak Wan Hassan mengakui, berpuas hati dengan tahap prestasi anak buahnya sepanjang sesi latihan dan persiapan tetapi mahu menterjemahkannya kepada kemenangan apabila saingan bermula.

“Kemenangan dalam perlawanan persahabatan tidak menjanjikan apa-apa kerana ia sekadar medan menilai prestasi dan menguji keyakinan pemain, tambahan pula kami membawa masuk enam pemain baru yang memerlukan masa untuk membentuk keserasian.

“Saya berpuas hati dengan kemajuan pasukan setakat ini tetapi mahu melihat mereka lebih menyerlah pada pentas saingan sebenar nanti,” katanya, semalam.

Mengulas kekuatan Harimau Muda A, dia mengakui barisan yang ditampilkan jurulatih Ong Kim Swee itu tidak boleh dipandang ringan kerana diperkuatkan lapan pemain skuad kebangsaan yang menjuarai Piala AFF Suzuki, Disember lalu.

“Saya yakin Harimau Muda A bakal menjadi antara pencabar dalam saingan liga kali ini dan apa yang diharapkan ialah pemain Negeri Sembilan memberikan komitmen 100 peratus sebaik sepak mula nanti bagi memastikan tiga mata pertama,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...