Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Saturday, January 8, 2011

Skuad Perak dekati penyokong (Harian Metro Online)

Akmal Rizal penyerang perak musim 2011

SKUAD bola sepak Liga Super Perak memulakan program lawatan ke daerah di negeri itu dengan berkunjung ke Teluk Intan pada 13 Januari ini dalam usaha mendekatkan diri dan menyemarak sokongan rakyat bagi menghadapi kempen Liga M musim 2011 nanti.

Pengurus pasukan, Khairul Azwan Datuk Harun berkata, program anjuran Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) itu bertujuan mengeratkan hubungan antara pemain dengan penyokong pasukan Kejor Yob Kejor.

“Pemain akan mengadakan latihan di daerah dilawati sambil mengambil kesempatan bertemu peminat tempatan. Dengan cara ini kami harap mendekatkan pasukan ini di hati peminat,” katanya.

Beliau berharap kehadiran penonton ke Stadium Perak akan meningkat musim ini selepas lengang sejak kebelakangan ini berikutan pencapaian kurang memberangsangkan.

“Kami memerlukan kehadiran penonton untuk menyemarak semangat pasukan. Jika boleh, Pafa mahu mengembalikan zaman kegemilangan yang menyaksikan ribuan penonton hadir menyaksikan setiap perlawanan,” katanya. Justeru, Khairul Azwan yang juga Bendahari Pafa berkata, promosi jualan pas bermusim akan diadakan di setiap daerah bagi memberi peluang peminat di luar Ipoh memilikinya.

“Jualan pas bermusim ini mendapat sambutan hangat ketika dilancar di Ipoh dan Pafa berharap peminat seluruh negeri mengambil peluang mendapatkannya kerana lebih menguntungkan dan menjimatkan,” katanya.

Khairul Azwan juga berkata, pasukan Perak akan mengadakan perjumpaan mingguan di Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan setiap Jumaat, mulai semalam.

Katanya, langkah itu bertujuan memberi peluang kepada pihak pengurusan dan pemain mendengar dan mengetahui perkembangan semasa pasukan Seladang.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...