Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Thursday, January 27, 2011

Singa Utara harap barisan muda (Harian Metro Online)

SUNGGUHPUN beraksi tanpa barisan bintang pada Liga M tahun ini, namun dalam bola sepak tidak mustahil kita melakukan kejutan.

“Malah, jangan terkejut sekiranya, gabungan barisan muda dan baru ini berjaya mempamerkan persembahan bersemangat, penuh kesungguhan dan keyakinan untuk mencatat kejayaan,” kata jurulatih Perlis, Mosthakeen Omar.

Mosthakeen berkata, berbanding pencabar lain, Perlis mungkin satu-satu pasukan yang langsung tidak memiliki barisan bintang.

Sebaliknya, kata beliau, bekas juara Liga Super 2005 dan juara dua kali Piala Malaysia pada 2004 dan 2006 itu hanya menyandarkan harapan kepada hampir 100 peratus gabungan baru dan muda termasuk sebahagiannya berusia bawah 21 tahun.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...