Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Thursday, January 6, 2011

Selangor tekad raih hatrik Piala Sultan Ahmad Shah (Harian Metro Online)

SELANGOR berazam mengekalkan Piala Sultan Ahmad Shah buat kali ketiga berturut-turut apabila menentang Kelantan pada perlawanan Sumbangsih di Stadium Shah Alam, 29 Januari ini.

Perlawanan Sumbangsih itu, sebagai pembuka tirai Liga Malaysia musim ini, membabitkan Selangor, selaku penyandang juara Liga Super 2010 dan Kelantan sebagai juara Piala Malaysia musim lalu.

Setiausaha Agung Persatuan Bola sepak Selangor (FAS), Datuk Hamidin Mohd Amin (gambar) berkata, mereka ingin melakar sejarah dengan mencipta kemenangan hatrik pada perlawanan Sumbangsih itu.

Bagaimanapun, katanya, mereka perlu lebih bersedia kerana berdepan juara Piala Malaysia itu.

Tahun lalu, Selangor berjaya merangkul piala itu selepas menumpaskan Negeri Sembilan, 2-1 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Selain bertekad mengekalkan gelaran, Selangor juga yakin mampu merangkul gelaran juara Piala FA musim ini.

Hamidin berkata, mengikut undian Piala FA, pasukan itu menghadapi laluan mudah hingga ke separuh akhir apabila mendapat ‘bye’ pada saingan awal bermula 19 Februari.

Tahun lalu, Selangor terkandas di separuh akhir apabila kalah kepada juara bertahan, Negeri Sembilan di Stadium Shah Alam.

Perlawanan akhir Piala FA dijadual berlangsung 11 Jun.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...