Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Saturday, January 15, 2011

Selangor perlukan Nasriq (Kosmo Online)

MASALAH kecederaan yang menghantui Nasriq Baharom mula menghadirkan kebimbangan buat skuad Selangor. Gergasi lembah Kelang itu mengharapkan pemain pertahanan tengah itu sempat pulih sepenuhnya menjelang sepak mula Liga Super 2011 menentang Kelantan di Stadium Shah Alam, 29 Januari ini.

Kehadiran Nasriq amat ditagih kerana tonggak pertahanan veteran Selangor, Khairul Anuar Baharum tidak dapat beraksi pada perlawanan itu gara- gara menjalani penggantu- ngan tiga perlawanan mulai aksi bertemu Kelantan itu.

Ia sebagai hukuman berikutan tindakan Khairul, 37, menghantuk muka penyerang T-Team, Haris Safwan Kamal sebaik tamat aksi Piala Malaysia di Kuala Terengganu pada 3 Oktober tahun lalu.

Jurulatih Selangor, K. Devan kini hanya mempunyai seorang saja pemain pertahanan tengah iaitu Yosri Derma Raju, bekas pemain Pahang dan Negeri Sembilan yang baru diambil musim ini.

Sebagai alternatif, Devan mungkin akan menggandingkan Yosri, 29, dengan Razman Roslan (bek kanan) atau P. Gunalan (bek kiri) untuk posisi pertahanan tengah itu pada tiga aksi pertama Liga Super bertemu Kelantan, Perlis (1 Februari) dan Kuala Lumpur (12 Februari).

Namun bagi Nasriq, 24, dia kini sedang berusaha bersungguh-sungguh menjalani latihan pemulihan bagi memastikan dia cergas sepenuhnya menjelang aksi pertama, itu kelak.

"Insya-Allah dalam minggu ini atau awal minggu depan saya akan mula menjalani latihan penuh bersama rakan sepasukan. Saya juga yakin kecederaan saya akan pulih menjelang pertemuan dengan Kelantan.

"Agak malang apabila saya mengalami kecederaan lutut pada aksi persahabatan bertemu Maldives (2 November lalu), beberapa hari sebelum skuad kebangsaan berlepas ke Sukan Asia 2010.

"Saya terpaksa menjalani pembedahan arthroscopic pada lutut kiri. Saya kini begitu bersemangat untuk kembali beraksi setelah terlepas Sukan Asia dan Piala Suzuki AFF," katanya ketika ditemui Kosmo! di Padang SUK, Shah Alam baru-baru ini.

Seorang lagi pemain yang turut boleh beraksi di posisi pertahanan tengah ialah pemain tengah bertahan, Bunyamin Umar.

Namun seperti Nasriq, Bunyamin, 23, juga masih dalam proses pemuli- han setelah menjalani pembedahan lutut ACL (Anterior Cruciate Ligament) pada Julai lalu.

"Lagi dua minggu saya boleh menyertai latihan penuh dan insya-Allah, boleh kembali beraksi pada awal Mac," ujar Bunyamin.

Skuad Selangor akan bertemu ATM pada aksi persahabatan di Stadium Shah Alam pada pukul 5 petang ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RSS Sinar Harian: Sukan

Berita Harian: Sukan

Harian Metro: Arena