Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Thursday, January 6, 2011

Selangor komited pertahan kejuaraan (Utusan Malaysia Online)

KUALA LUMPUR - Selangor berazam mengekalkan Piala Sultan Ahmad Shah buat kali ketiga berturut-turut, apabila menentang Kelantan pada perlawanan Sumbangsih di Stadium Shah Alam pada 29 Januari ini.

Perlawanan Sumbangsih itu, sebagai pembuka tirai Liga Malaysia musim ini, melibatkan Selangor, selaku penyandang juara Liga Super 2010 dan Kelantan sebagai juara Piala Malaysia musim lalu.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) Datuk Hamidin Mohd. Amin (gambar) berkata, Selangor ingin melakar sejarah dengan mencipta kemenangan hatrik pada perlawanan Sumbangsih itu.

Bagaimanapun, katanya mereka perlu lebih bersedia kerana berdepan juara Piala Malaysia itu.

Tahun lepas, Selangor berjaya merangkul piala tersebut, selepas menumpaskan Negeri Sembilan 2-1 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Negeri Sembilan.

Selain bertekad mengekalkan gelaran, Selangor juga yakin mampu merangkul gelaran juara Piala FA musim ini.

Hamidin berkata mengikut undian Piala FA, pasukan itu menghadapi laluan mudah hingga ke peringkat separuh akhir apabila mendapat bye pada saingan awal bermula 19 Februari ini.

Tahun lepas, Selangor terkandas di separuh akhir Piala FA apabila kalah kepada juara bertahan, Negeri Sembilan di Stadium Shah Alam.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...