Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Tuesday, January 25, 2011

Sathia nafi letak jawatan (Sinar Harian Online)





KETUA Jurulatih Ke-lantan, B Sathianathan menafikan khabar angin mengenai peletakan jawatannya sebagai pengendali pasukan berikutan hukuman penggantungan ke atasnya selama enam bulan oleh Jawatankuasa Rayuan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), semalam.

Difahamkan, Jawatankuasa Rayuan bersidang petang semalam mengekalkan keputusan hukuman diputuskan Jawatankuasa Disiplin tahun lalu.

Sathianathan ketika dihubungi mengesahkan ada menerima keputusan hukuman penggantungan selama enam bulan itu daripada pegawai FAM melalui panggilan telefon.

“Namun saya tidak boleh mengulas lanjut mengenai perkara itu dan perlu menunggu surat rasmi daripada FAM,” katanya.

Menurutnya, berita mengenai peletakan jawatannya sebagai tidak tepat.

“Saya tidak meletak jawatan. Saya akan berjumpa dengan pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) untuk membincangkan perkara ini.

“Saya difahamkan hukuman penggantu-ngan ini selama enam bulan dan berkuat kuasa 24 Januari sehingga 23 Julai. Sekiranya hukuman ini dikekalkan, saya tidak boleh terbabit secara aktif,” katanya.

Sathianathan berkata, berikutan hukuman penggantungan itu dia menyerahkan masa depannya bersama The Red Warriors kepada pihak pengurusan Kafa.

“Saya tidak mahu menjadi dalang kerana saya kehilangan kerja serta tidak boleh bekerja dalam tempoh itu.,” katanya.

Sementara itu, status facebook Annuar mengesahkan Kafa menerima surat rasmi daripada FAM mengekalkan penggantungan terhadap Sathianathan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...