Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Tuesday, January 25, 2011

Sathia kekal digantung 6 bulan (Utusan Malaysia Online)

KUALA LUMPUR - Persiapan penyandang juara Piala Malaysia, Red Warriors bagi menghadapi musim baru Liga Malaysia 2011 ditimpa musibah besar apabila mereka tidak dapat menggunakan khidmat jurulatih, B. Sathianathan sehingga 23 Julai ini.

Malah, bagai jatuh ditimpa tangga, pengurusan skuad Kelantan juga terpaksa mencari seberapa segera jurulatih baru yang mempunyai lesen kejurulatihan kelas A sebelum sepak mula perlawanan sumbangsih bagi merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah pada 29 Januari ini kerana pembantu Sathia, Hashim Mustapha hanya mempunyai lesen kelas B.

Ia gara-gara keputusan Jawatankuasa Rayuan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang dipengerusikan oleh K. Kanagarajah, yang mengekalkan hukuman enam bulan seperti mana diputuskan oleh Jawatankuasa Disiplin FAM pada 23 Oktober lalu.

Khabar menyedihkan buat peminat Kelantan itu telah disampaikan oleh Penolong Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Ahmad Fuad Daud di Wisma FAM pada sidang akhbar pengelolaan perlawanan Piala Sumbangsih 2011, semalam.

''Selepas bersidang pada pagi ini, Jawatankuasa Rayuan berpuas hati dan bersetuju dengan hukuman penggantungan enam bulan yang dikenakan pada jurulatih Kelantan, B. Sathianathan oleh Jawatankuasa Disiplin.

''Hukuman itu akan bermula berkuatkuasa pada hari ini, 24 Januari dan akan berakhir pada 23 Julai.

''Selain itu, Kelantan harus mencari seorang caretaker coach (jurulatih sementara) yang mempunyai lesen kejurulatihan kelas A sepanjang tempoh penggantungan Sathianathan kerana mengikut peraturan teknikal pertandingan FAM, mereka tidak boleh mendaftar seorang jurulatih atau pemain yang sedang mengalami penggantungan," kata Ahmad Fuad.

Sathianathan sebelum ini digantung enam bulan dan didenda RM2,000 oleh Jawatankuasa Disiplin kerana bersalah mempertikaikan keputusan keputusan Jawatankuasa Pertandingan Tempatan dengan memberi kenyataan kepada media berhubung stadium tuan rumah bagi perlawanan Perlis dan Terengganu ketika saingan Liga Super.

Dia sempat menjalani hukuman tersebut dalam satu perlawanan ketika Kelantan menentang Kedah di peringkat separuh akhir kedua Piala Malaysia pada 23 Oktober lalu.

Bagaimanapun, Jawatankuasa Rayuan FAM membuat keputusan dua hari selepas itu untuk menangguhkan hukuman Sathianathan dan membenarkan bekas jurulatih kebangsaan berkenaan berada di bangku simpanan pemain pada perlawanan akhir Piala Malaysia berdepan Negeri Sembilan.

Apa yang pasti, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) ternyata menghadapi tugas yang cukup berat bagi mencari seorang jurulatih berkelas A dalam masa kurang seminggu sebelum menentang Selangor di Stadium Shah Alam.

Beberapa nama mula dikaitkan untuk memegang jawatan panas itu seperti bekas pengendali Kedah dan Harimau Muda, Mohd. Azraai Khor Abdullah dan M. Karathu.

Dalam masa sama, Ahmad Fuad berkata hukuman yang dijatuhkan kepada pengendali T-Team, Che Ku Marzuki akan berakhir pada 20 April selepas menjalani hukuman pada 21 Oktober tahun lalu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RSS Sinar Harian: Sukan

Berita Harian: Sukan

Harian Metro: Arena