Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Monday, January 3, 2011

Sanggup undur (Harian Metro Online)

SELEPAS mencipta sejarah menjuarai Piala Malaysia buat kali pertama musim lalu, harapan peminat untuk melihat pasukan Kelantan terus gah mungkin berkecai apabila Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) dipercayai menanggung beban kewangan besar.

Berikutan itu, Presidennya, Tan Sri Annuar Musa (gambar) yang berjaya membina pasukan terbabit sehingga mencapai kejayaan, sanggup melepaskan jawatannya sekiranya semua pihak termasuk kerajaan Pas Kelantan sanggup memberikan peruntukan untuk menguruskan Kafa.

Menerusi status terbaru lama sosial facebook beliau, Annuar menegaskan tindakan meletak jawatan itu sanggup dilakukan kerana tidak mahu melihat pasukan berkenaan yang dibina dengan cemerlang ‘mati di tengah jalan’.

“Bantulah TRW... (The Reds Warriors) kalau syarat sumbangan negeri adalah saya mengundur diri, saya sedia melakukannya asal jangan bola sepak Kelantan yang saya bina mati di tengah jalan,” katanya.

Kelantan berjaya menjulang Piala Malaysia buat kali pertama musim lalu dengan menewaskan Negeri Sembilan 2-1 pada perlawanan akhir yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Hasil kejayaan itu, kerajaan negeri menghadiahkan sebanyak RM200,000 kepada pasukan Kelantan yang berjaya membawa pulang Piala Malaysia buat pertama kali ke bumi Cik Siti Wan Kembang.

Sementara itu, Annuar turut menyatakan bagaimana beberapa pasukan lain mendapat sumbangan sehingga RM6 juta daripada kerajaan negeri masing-masing untuk memastikan kejayaan dapat dikecapi.

Katanya, Kafa tidak memerlukan wang sehingga RM4 atau RM6 juta seperti diterima pasukan lain, sebaliknya jumlah diperlukan hanyalah sekitar RM2 juta.

“Kafa sudah memohon kepada MB (Menteri Besar), Perbadanan MB dan SEDC untuk bantu TRW dari keperluan RM4 hingga RM5 juta, saya cuma pohon RM2 juta saja...selebihnya Kafa usaha sendiri,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...