Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Saturday, January 15, 2011

Sambutan wira buat Safee (Harian Metro Online)

MOHD Safee Sali akan diberi sambutan besar-besaran apabila wira skuad Harimau Malaya itu pulang ke kampung halamannya di Tapah, hari ini.

Sambutan anjuran Persatuan Bola Sepak Daerah Batang Padang (PBSDBP) dengan kerjasama Ahli Dewan Undangan (Adun) Ayer Kuning, Datuk Samsudin Abu Hasan akan diadakan di Dewan Merdeka, Tapah, jam 11 pagi ini.

Yang Dipertua PBSDBP, Isham Shahruddin berkata, sambutan besar-besaran itu diadakan sebagai penghargaan kepada pemain kelahiran daerah itu yang membantu menjulang nama negara dalam saingan Piala Suzuki AFF 2010 baru-baru ini.

Skuad kendalian K Rajagobal muncul juara buat kali pertama selepas 14 tahun apabila menumpaskan Indonesia 4-2 melalui agregat. Lebih membanggakan Safee dinobatkan penjaring terbanyak selepas menyumbang lima gol untuk Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...