Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Thursday, January 6, 2011

Safee terima imbuhan RM10,000 (Utusan Malaysia Online)


Safee Sali


IPOH - Kerajaan negeri mengumumkan pemberian imbuhan RM10,000 kepada penyerang kebangsaan, Mohd. Safee Sali ekoran aksi cemerlangnya sehingga membantu Malaysia muncul juara Piala Suzuki AFF dan dinobat Penjaring Terbanyak kejohanan tersebut, baru-baru ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, dua lagi anak Perak iaitu Mohd. Sabree Mat Abu dan Mohamad Fadhli Mohd. Shas pula akan menerima ganjaran RM5,000 seorang.

"Pemberian imbuhan akan dibuat secepat mungkin sebagai menghargai sumbangan mereka. Sememangnya rakyat negeri Perak berbangga dengan kejayaan tersebut.

"Saya berhasrat untuk berjumpa dengan ketiga-tiga pemain tersebut di negeri ini dan kita mungkin akan membuat satu majlis menyambut kepulangan mereka," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini, semalam.

Dalam pada itu, beliau berkata, berdasarkan rekod Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), keluarga Mohd. Safee berasal dari Behrang dan kini menetap di Tapah.

Menurut beliau, sebelum Mohd. Safee berpindah ke Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ), dia dikatakan pernah bersekolah di SMK Gunung Rapat, di sini.

Mohd. Sabree pula merupakan anak kelahiran Parit Buntar dan bapanya merupakan tukang kebun di SMK Seri Perak di sana.

Beliau berkata, Mohamad Fadhli pula merupakan anak kepada seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang dilahirkan di Lumut.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...