Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Sunday, January 2, 2011

Safee Sali paling hangat di pasaran (Utusan Malaysia Online)


Mohd. Safee Sali menjadi rebutan tiga kelab Indonesia dan Vietnam.


KUALA LUMPUR - Kecemerlangan penyerang kebangsaan Mohd. Safee Sali pada Kejohanan Piala Suzuki AFF 2010 membuatkan pemain itu kini menjadi rebutan sebuah kelab bola sepak Vietnam dan tiga kelab terkemuka Indonesia.

Perkara itu diakui sendiri oleh Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Hamidin Mohd. Amin.

Hamidin berkata, empat kelab tersebut telah pun menghubungi beliau untuk mengadakan perbincangan berhubung hasrat mahu mendapatkan pemain tersebut secara kontrak dari Selangor dengan apa jua nilai sekalipun.

''Saya telah berbincang dengan Safee sendiri pada semalam (kelmarin) dan reaksi yang diberikan oleh pemain itu menunjukkan dia seolah terkejut dengan niat kelab-kelab tersebut.

''Dia juga telah meletakkan tanggungjawab kepada FAS untuk membuat keputusan yang sebaiknya,'' kata Hamidin kepada pemberita selepas tamat majlis undian Liga Malaysia untuk sesi 2011 di Bukit Jalil, semalam.

Hamidi berkata, pada waktu ini FAS masih menjalankan perbincangan di peringkat awal lagi sebelum memutuskan sama ada mahu menerima lamaran tersebut.

Malah, beliau sendiri masih belum lagi mengetahui sama ada Safee benar-benar berminat atau sebaliknya mahu beraksi bersama kelab tersebut.

''Perbincangan akan diadakan secara berperingkat melalui Safee sendiri dan kemudian kita akan bincangkan sehingga ke peringkat tertinggi FAS sebelum membuat keputusan.

''Bagi pihak FAS kami amat terharu kerana ada kelab terkemuka yang mahu mendapatkan pemain kami dan sekiranya Safee mahu beraksi di sana biarlah dia pergi ke sana dengan penuh bersemangat,'' kata Hamidin.

Sementara itu, menjelang musim baru Liga Malaysia 2011, Hamidin berharap skuad merah kuning mampu untuk mempertahankan kejuaraan Liga Super selain berusaha untuk mendapatkan kejuaraan Piala Malaysia pada musim ini.

''Sasaran kami musim ini adalah untuk mendapatkan Piala Malaysia melalui pemain yang ada kini selain daripada bimbingan jurulatih K. Devan.

''Bagi gelaran juara Liga Super kami akan cuba untuk terus mempertahankan buat kali ketiga berturut-turut,'' jelas Hamidin.

1 comment:

  1. Ini menunjukkan pemilihan Firman Utina sebagai MVP pada AFF suzuki lalu tidak tepat......siapa nak dapatkan khidmat MVP itu? Tiada bernilai.....

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...