Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Saturday, January 29, 2011

Safee hampir pasti sertai Persib (Utusan Malaysia Online)

KUALA LUMPUR - ''Mungkin pergi." Itu ulasan ringkas Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Hamidin Mohd. Amin mengenai perpindahan penyerang Selangor, Safee Sali ke kelab Indonesia, Persib Bandung.

Tanpa mahu memberikan penjelasan lebih lanjut, Hamidin berkata, segalanya akan terjawab minggu depan selepas perbincangan mengenai syarat perjanjian antara kedua belah pihak dapat dicapai.

''Ketika ini tiada apa yang saya boleh katakan. Tunggu sahaja minggu depan, saya akan panggil pihak media untuk menjelaskan kedudukan Safee.

''Sekarang semuanya masih di peringkat perbincangan, tiada sebarang pengesahan boleh saya berikan.

''Cuma mungkin dia akan pergi kalau semua perkara berjalan lancar," kata Hamidin ketika dihubungi Utusan Malaysia, baru-baru ini.

Safee menarik perhatian tiga kelab Liga Super Indonesia (ISL), Persib Bandung, Persib Balik Papan dan Pelita Jaya selepas muncul penjaring terbanyak Piala Suzuki AFF 2010.

Begitupun Safee berminat beraksi bersama Persib Bandung, ekoran faktor jaraknya yang dekat dengan tanah air dan sudah biasa persekitaran di sana.

Difahamkan, sejumlah pampasan akan diberikan kepada Selangor jika penghijrahan Safee menjadi kenyataan kerana dia masih mempunyai baki setahun kontrak dengan Red Giants.

Safee masih berpeluang mewakili Selangor dalam beberapa perlawanan memandangkan ISL akan bermula pada Mei.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RSS Sinar Harian: Sukan

Berita Harian: Sukan

Harian Metro: Arena